Feb 3, 2010

Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh

Kompleks Penyayang BAKTI lahir atas dasar kesedaran terhadap perlunya sebuah institusi yang memberikan khidmat kebajikan berbentuk integrasi kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak, warga tua dan ibu-ibu tunggal.


Penwujudan kompleks ini adalah hasil gabungan tenaga Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI) sebagai badan NGO, Tetuan Yarisan Holdings Sdn. Bhd. (Swasta) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Kerajaan). “Pakatan Tiga Pihak” ini melambangkan keperihatinan setiap sektor masyarakat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik serta menjadi contoh kerjasama yang unggul.


Menerusi gabungan ini BAKTI sebagai pencetus idea, menyediakan khidmat jaringan antara sektor yang terlibat, Yarisan Holdings sebagai penaja projek, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan tanah serta menguruskan pentadbiran kompleks ini.


Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 11 ekar dengan persekitaran yang kaya dengan seni bina dan landskap yang diilhamkan dari konsep perkampungan melayu. Ia menggambarkan ketenangan persekitaran kampung yang harmoni dengan dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan segar menghijau dan dusun buah-buahan. 4.5 ekar daripada keluasan tanah ini dipenuhi dengan tanaman buah-buahan dan spesis tumbuhan asli dari seluruh Malaysia, bagi menghidupkan suasana persekitaran yang nyaman dan menyenangkan.


Perkhidmatan yang disediakan:

-Kediaman perlindungan untuk anak-anak yang dipindahkan dari Rumah Kanak-Kanak di bawah Sistem Berkeluarga (RTH)

-Kediaman untuk warga tua (Rumah Tunas Budi)

-Khidmat jagaan harian warga tua (Pusat Jagaan harian Warga Tua)


Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM,
    Miza bekerja di Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh? Saya ada beberapa perkara yang saya ingin tahu berkaitan bantuan yang boleh diminta dari Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh. Saya harap cik Miza boleh email saya di chimok3110@yahoo.com.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. soryy i xkeje sini but ...sal bntuan tu tmpt ni lebih kpd memberi perlindungan kepada golongan2 tertentu..mcm yg dinyatakan tu..untuk lebh information boleh laa tgok website kompleks tersebut..sy just stdy ttng tmpt2 perlindungan ni tp belum keje lagi...cme pernah praktikal dkt JKM

    ReplyDelete